Man City mula liga dengan kemenangan

Man City mula liga dengan kemenangan

MANCHESTER, 14 Ogos – Manchester City memerlukan gol sendiri pihak lawan pada lewat permainan untuk menewaskan Sunderland 2-1 dalam aksi permulaan Liga Perdana Inggeris yang seakan tidak meyakinkan dalam karier pengurusan Pep Guardiola, awal pagi tadi.

Awal perlawanan City lebih mendominasi permainan dan mendahului selepas empat minit sepak mula apabila Sergio Aguero menjaringkan gol menerusi penalti.

Namun selepas itu tiada jaringan disaksikan ketika Sunderland yang dibimbing pengurus baharu, David Moyes bertahan dengan penuh disiplin di Stadium Etihad.

Aksi Raheem Sterling pada perlawanan itu. – AP
Aksi Raheem Sterling pada perlawanan itu. – AP

Usaha Sunderland berhasil pada minit ke-71 apabila Jermain Defoe menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pelawat pada minit ke-87 apabila sepakan penjuru Jesus Navas terkena pemain Sunderland, Paddy McNair di kepala lalu bola menerjah gawang sendiri. – AP