Man City pasukan yang perlu ditewaskan

Man City pasukan yang perlu ditewaskan

LONDON, 16 Sept – Musim Liga Perdana baru saja bermula dengan empat perlawanan, tetapi menjelang perlawanan esok menentang Bournemouth, Manchester City kendalian Pep Guardiola sudah dilihat sebagai satu pasukan yang perlu ditewaskan.

Kemenangan hujung minggu lalu 2-1 di Manchester United meletakkan City dengan 100 peratus rekod tanpa kalah dalam divisyen itu dan disusuli dengan kemenangan 4-0 bagi persaingan Liga Juara-Juara ke atas Borussia Moenchengladbach.

Perlawanan Gladbach ditangguhkan 24 jam kerana hujan ribut pada Selasa lalu, tetapi Ilkay Gundogan, yang membuat kemunculannya dalam perlawanan yang diatur semula pada Rabu lalu, tidak percaya ia akan mempunyai kesan yang kurang menyenangkan.

“Kami cukup profesional untuk menangani keadaan itu dan kami sudah biasa beraksi pada Rabu-Sabtu,” kata pemain midfield Jerman itu dalam temu bual video yang diletakkan dalam laman sesawang City.

Aksi Manchester City pada saingan Liga Juara-Juara baru-baru ini. – AFP
Aksi Manchester City pada saingan Liga Juara-Juara baru-baru ini. – AFP

“Ia mungkin menghasilkan perbezaan yang kecil, tetapi kami profesional dan kami selalu cuba untuk melakukan yang terbaik. Ia seharusnya menjejaskan kami esok apabila kami berada di atas padang.

“Kami selalu mahu menang dan mahu beraksi bola sepak yang baik, jadi kami bersedia bagi hari Sabtu.”

Sergio Aguero adalah penjaring gol kemenangan City menentang Gladbach apabila mencatat hatrik keduanya dalam Liga Juara–Juara musim ini, tetapi digantung bagi kunjungan ke Bournemouth. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA