Man City punyai mentaliti pemenang – Pellegrini

Man City punyai mentaliti pemenang – Pellegrini

NORWICH, United Kingdom, 10 Jan (AFP) – Manuel Pellegrini berkata kemenangan Manchester City 3-0 ke atas Norwich dalam pusingan ketiga Piala FA membuktikan mereka memiliki keazaman tinggi untuk mencapai kemenangan keempat musim ini.

Pasukan kendalian Pellegrini masih dalam laluan untuk kejayaan dalam Piala FA, Piala Liga, Liga Juara–Juara dan Liga Perdana selepas kemenangan semalam di Carrow Road.

Rembatan Sergio Aguero membuka jaringan sebelum Kelechi Iheanacho dan Kevin de Bruyne melengkapkan jaringan untuk menggariskan kemaraan City.

“Jika anda mahu memenangi mentaliti dan mentaliti tinggi, jadi anda perlu terlibat dalam semua perlawanan sehingga akhir,” kata Pellegrini.

“Ini baru langkah pertama dalam Piala FA dan kami tahu ia perlawanan yang menarik. Tetapi kami memikirkan untuk menewaskan Everton (di laman sendiri dalam Liga Perdana) pada Rabu ini, dan bukan mengenai apa yang berlaku pada masa depan.

“Kami berada dalam separuh akhir Piala Liga, tiga mata dari pendahulu Liga Perdana, kami berada dalam 16 pusingan akhir Liga Juara–juara dan kami memulakan dengan langkah kanan dalam Piala FA.

“Memenangi keempat semuanya adalah sukar kerana kami perlu beraksi terlalu banyak perlawanan, jadi kami perlu fokus terhadap setiap perlawanan, apa pun persaingan yang kami hadapi.”

Apa yang tidak dibincangkan adalah bagaimana pentingnya pemain penyerang Argentina, Aguero dan kecergasannya terhadap empat kemenangan City.

“Ketika Kun beraksi lebih lama, persembahannya akan meningkat apabila dia kembali daripada kecederaan panjang,” tambah Pellegrini, yang beraksi tanpa Aguero buat tiga minggu pertama bulan Disember kerana kecederaan.

“Mungkin perlawanan pertama dia tidak beraksi dengan baik. Pada pertengahan minggu dia menghasilkan kedudukan yang lebih baik, dan di Norwich dia terus melakukannya dan menjaringkan gol menarik.

“Apabila kamu mempunyai pemain yang penting seperti Sergio dia adalah penting bagi rakan sepasukannya, bagi pengurus, bagi peminat untuk melihatnya beraksi dalam setiap perlawanan, kerana dia adalah seorang pemain yang boleh menghasilkan perbezaan.

ARTIKEL YANG SAMA