Man City rekod keuntungan pertama

Man City rekod keuntungan pertama

LONDON, 15 Okt – Manchester City mengumumkan hari ini kelab itu mencatat keuntungan pertamanya sejak berada di bawah pengurusan, Sheikh Mansour bin Zayed dari Abu Dhabi pada tahun 2008.

City mengeluarkan laporan kewangan musim 2014/15 yang merekodkan keuntungan 10.7 juta pound (AS$16.5 juta).

“Musim 2014-15 merekodkan sejarah dalam perjalanan Manchester City,” kata Ketua Eksekutifnya, Ferran Soriano.

“Model kewangan dan pelaburan strategik membuktikan ia berhasil. Manchester City kini sebuah kelab yang untung, berdikari untuk bersaing di peringkat tertinggi dalam dunia bola sepak,” katanya. – AFP

Ferran Soriano (kiri) bersama-sama pengerusi Manchester City, Khaldoon Al-Mubarak. – Agensi
Ferran Soriano (kiri) bersama-sama pengerusi Manchester City, Khaldoon Al-Mubarak. – Agensi