Man City sedia hadapi Feyernoord

THE HAGUE, 12 Sept – Pasukan kendalian Pep Guardiola, Manchester City tidak sabar untuk meneruskan momentum mereka apabila memulakan pemburuan kegemilangan Liga Juara-Juara menentang Feyernoord di Rotterdam awal pagi Khamis.

Selepas membelasah Liverpool 5-0 dalam Liga Perdana Sabtu lalu, City kini membuat perjalanan untuk menghadapi juara Belanda, yang berdepan prospek menggentarkan selepas ketiadaan selama 15 tahun dari peringkat kumpulan kejohanan itu.

Mata akan tertumpu pada pemain perancang City, Kevin De Bruyne, yang mana persembahannya memainkan peranan penting dalam membenam Liverpool dan pastinya akan mengeksplotasi kelemahan barisan tengah dan pertahanan Feyernoord.

Feyernoord mungkin telah menewaskan Heracles 4-2 dalam perlawanan liga teratas Belanda hujung minggu lalu, tetapi lawan mereka nyaris menjaringkan lebih banyak gol, hakikatnya itu pasti akan bermain dalam fikiran jurulatih Giovanni van Bronckhorst.

Jurulatih Man City, Mikel Arteta (kiri) berebut bola dengan Gabriel Jesus dalam sesi latihan menjelang persaingan Liga Juara-Juara minggu ini. – AP

City telah membelanjakan lebih 200 juta pound pada musim panas bagi menguatkan skuad mereka selepas tewas kepada Monaco dalam peringkat 16 musim lepas.

De Bruyne memberitahu media British: “Mereka yang datang mempunyai kualiti fizikal, mereka sangat kuat, pantas. Mereka menjadi padang luas, inilah kualiti yang mereka ada dan ia memberikan kesukaran untuk pasukan lain.”

Jangkaan menang lebih kepada City, meskipun kali terakhir mereka berkunjung ke Belanda mereka tewas 3-1 kepada Ajax dalam peringkat kumpulan 2012. – AFP