Man City temu Barcelona di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah

Man City temu Barcelona di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah

MONACO, 26 Ogos – Pengundian bagi pasukan yang bakal bertanding dalam Liga Juara-Juara Eropah bagi musim 2016/2017 yang akan bermula pada 14 September ini akan menyaksikan Manchester City bertemu juara liga Scotland, Celtic, kelab Sepanyol, Barcelona, dan pasukan dari Jerman, Borussia Monchengladbach dalam Kumpulan B.

Juara Liga Perdana Britain, Leicester, akan bertemu Porto, Club Brugge dan FC Copenhagen dalam kempen sulung mereka dalam Kumpulan G.

Arsenal pula diundi menghadapi pasukan Paris St-Germain, Basel dan Ludogorets, sementara Tottenham Hostspur pula berdepan Monaco, CSKA Moscow dan Bayer Leverkusen dalam Kumpulan A.

Pasukan Real Madrid akan bertemu dengan pasukan Jerman, Borussia Dortmund, kelab Portugal, Sporting CP dan Legia Warsaw dari Poland dalam Kumpulan F.

Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung pada 3 Jun 2017, di Stadium Nasional Wales di Cardiff, United Kingdom.

UEFA

ARTIKEL YANG SAMA