Man City terima baik program remaja China

Man City terima baik program remaja China

SINGAPURA, 8 Sept – Gesaan Presiden China Xi Jinping untuk mempromosikan bola sepak di negaranya membuahkan hasil dengan bantuan kelab Liga Perdana Inggeris, eksekutif tertinggi Manchester City berkata, hari ini.

Ketua Pegawai Komersil City Tom Glick ketika bercakap dalam satu acara sampingan persidangan perniagaan di Singapura, berkata pelaburan China dalam kelab-kelab Inggeris seperti City mencerminkan selera untuk sukan di negara paling ramai penduduk di dunia itu semakin meningkat.

“Kami mempunyai hubungan dengan kementerian pendidikan Cina di mana kita mempunyai 30 jurulatih di sembilan bandar raya, bekerja setiap minggu dengan 12,000 pelajar, kanak-kanak lelaki dan perempuan, dan guru-guru mereka untuk belajar sukan bola sepak, membangunkan kemahiran dan semangat untuk sukan ini,” Glick memberitahu AFP. “Ini amat penting kepada inisiatif kerajaan,” katanya.

Tahun lepas, Xi mengeluarkan satu pelan 50 dalil untuk menjadikan China sebagai kuasa besar bola sepak termasuk cadangan untuk menubuhkan 50,000 sekolah bola sepak di seluruh negara.

Sebagai sebahagian daripada jelajah pra-musim, City melawat China pada Julai dan beraksi menentang kelab Jerman Borussia Dortmund selepas perlawanan tetangga dengan Manchester United dibatalkan kerana hujan lebat. – AFP