Man City tewas di laman Stuttgart

Man City tewas di laman Stuttgart

BERLIN, 2 Ogos (AFP) – Manchester City tewas 4-2 kepada VfB Stuttgart di Jerman semalam dalam aksi persahabatan pra musim, dengan kebangkitan lewat dicetuskan oleh Raheem Sterling.

Pengurus kelab Liga Perdana itu, Manuel Pellegrini menurunkan barisan kuat, yang memperkenalkan Sterling dengan Yaya Toure, Sergio Aguero dan seorang lagi pemain baru, Fabian Delph, yang tidak diturunkan.

Tetapi Stuttgart, yang menghindarkan penyingkiran daripada pasukan kelompok teratas Bundesliga musim lalu, mendahului 4-0 dalam masa 38 minit di Mercedes Benz Arena.

Filip Kostic meletakkan mereka didepan sebelum Daniel Didavi menjaringkan gol kedua dan Daniel Ginczek menambah dua lagi yang menewaskan Joe Hart di gawang City, yang menjadi keceriaan 40,000 penyokong tuan rumah.

Terdapat peningkatan daripada pasukan Inggeris itu pada separuh masa kedua, dengan Sterling memberikan umpanan kepada pemain remaja dari Nigeria, Kelechi Ihenacho untuk menjaringkan gol enam minit sebelum tamat perlawanan.

Pertahanan Stuttgart, Florian Klein (kanan) dan penyerang City, Wilfried Bony bersaing untuk mendapatkan bola dalam aksi persahabatan di Stuttgart, semalam. – AFP
Pertahanan Stuttgart, Florian Klein (kanan) dan penyerang City, Wilfried Bony bersaing untuk mendapatkan bola dalam aksi persahabatan di Stuttgart, semalam. – AFP

Dan Sterling sekali lagi menjadi penyumbang bagi pemain gantian Edin Dzeko untuk menukar kedudukan 4-2 di mana ia mungkin kemunculan terakhir penyerang dari Bosnia itu bersama City dengan perpindahan ke Roma.

City, yang sebelumnya meluangkan masa mereka di Australia dan beraksi dalam perlawanan persahabatan di Vietnam pra musim ini, memulakan kempen Liga Perdana menentang West Bromwich Albion di The Hawthorns Isnin ini.

ARTIKEL YANG SAMA