Man City tunduk 2-1 pada West Ham

Man City tunduk 2-1 pada West Ham

MANCHESTER, 20 Sept (Reuters) – Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City mencatat kekalahan pertama liga musim ini apabila tunduk 2-1 kepada West Ham, hari ini.

Ia kekalahan kedua berturut-turut Man City di Etihad dalam tempoh kurang seminggu selepas turut tewas pada kempen Liga Juara-Juara kepada Juventus, 15 September lalu.

Selepas membuka tirai jaringan seawal minit keenam perlawanan menerusi Victor Moses, West Ham menggandakan jumlah jaringan menerusi Diafra Sakho pada minit ke-31.

Gol tunggal Man City dijaringkan Kevin De Bruyne pada minit ke-45 +2.

Penyerang Man City, Sergio Aguero bersaing dengan penjaga gawang West Ham United, Adrian pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad di Manchester pada 19 September 2015. – AFP
Penyerang Man City, Sergio Aguero bersaing dengan penjaga gawang West Ham United, Adrian pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad di Manchester pada 19 September 2015. – AFP

Kemenangan melonjakkan kedudukan West Ham di kedudukan kedua liga, tiga mata di belakang Man City.

Sekalipun menguasai penuh perlawanan dengan lebih 70 peratus penguasaan bola terutama babak kedua, tiada tambahan jaringan mampu diledakkan tuan rumah. West Ham sebelum ini sudah menewaskan dua kelab besar, Arsenal dan Liverpool. Lebih mengecewakan, ia adalah perlawanan penuh pertama pemain yang baharu dibeli City, De Bruyne sejak tiba di Etihad.

ARTIKEL YANG SAMA