Man City ungguli persada liga

Man City ungguli persada liga

LONDON, 29 Ogos – Manchester City mengungguli persada Liga Perdana jelang rehat antarabangsa berikutan kemenangan 3-1 di laman sendiri ke atas West Ham United semalam.

Raheem Sterling mungkin menjadi poster bagi kekecewaan England dalam kempen Euro 2016, yang kemuncaknya adalah kekalahan kepada Iceland, tetapi tidak dinafikan beliau adalah penyerang City yang hebat setelah menjaringkan dua gol menentang pasukan Hammers di Eastlands.

Sterling menyudah pergerakan menarik pada minit ke tujuh untuk meletakkan City 1-0 sebelum Fernandinho menggandakan pendahuluan apabila dia menanduk masuk sepakan bebas dari Kevin De Bruyne 11 minit kemudian dari jarak tujuh meter.

City dengan mudah menjaringkan gol ketiga sebelum tandukan Michail Antonio pada minit ke 57 yang memberikan West Ham penyelamat yang tidak dijangka.

Pemain Manchester City, Raheem Sterling, (kiri) melepasi penjaga gol West Ham United sebelum menjaringkan gol ketiga buat pasukannya semasa perlawanan Liga Perdana (PL) antara Manchester City menentang West Ham United di Stadium Etihad, Manchester, England. - AP
Pemain Manchester City, Raheem Sterling, (kiri) melepasi penjaga gol West Ham United sebelum menjaringkan gol ketiga buat pasukannya semasa perlawanan Liga Perdana (PL) antara Manchester City menentang West Ham United di Stadium Etihad, Manchester, England. – AP

Tetapi pendahuluan City dikurangkan menjadi 2-1, Sterling meletakkan keputusan yang yakin apabila mendapatkan hantaran dari David Silva lewat perlawanan dan memberi penyudahan dengan rembatan sepakan dari sudut yang sukar.

“Dilahirkan semula? Saya terus melihat perkataan itu,” Sterling memberitahu Sky Sports.

“Ia adalah musim pertama yang sukar di kelab baru tetapi pengurus pasukan, Pep Guardiola hadir dan memberikan saya banyak galakan dan kuasa untuk meneruskan. Dia juga datang kepada saya untuk tidak menunggu terlalu banyak.”

City sekarang mendahului kedudukan dengan perbezaan jaringan dari pasukan Chelsea dan Manchester United, yang juga menghasilkan tiga permainan sempurna, memenangi tiga perlawanan pada awal musim Liga Perdana. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA