Man U, Liverpool baharui saingan

Man U, Liverpool baharui saingan

LONDON, 11 Sept (dpa) – Liga Perdana kembali hujung minggu ini dengan dua kelab liga paling berjaya membaharui semula persaingan mereka.

Manchester United dan Liverpool dilihat bangkit kembali dari kekalahan pertama mereka musim ini apabila mereka bertemu di Old Trafford esok.

Liverpool tewas lapan dari 10 persaingan liga dalam kunjungan ke United dan pemain pertahanan Nathaniel Clyne berkata pasukannya tidak hanya akan duduk.

“Bekerja keras, beraksi dengan terbaik dan ia merupakan kunci utama kejayaan. Kami perlu berada di depan mereka dari awal perlawanan, untuk tidak membiarkan mereka menguasai perlawanan, dan dengan kualiti yang kami ada di depan, kami boleh memberikan mereka masalah,” dia memberitahu Liverpool TV.

Penjaga gol United, David de Gea akan membuat kemunculan pertamanya berikutan kegagalan membuat perpindahan ke Real Madrid.

Penjaga gawang dari Sepanyol itu belum beraksi bagi United kerana pengurus Louis van Gaal merasakan dia bukanlah berada dalam kedudukan yang tepat di tengah-tengah spekulasi pertukaran. De Gea menyaksikan aksi pertamanya musim ini pada Selasa dan mempamerkan permainan bersih ketika Sepanyol menewaskan Macedonioa 1-0 dalam kelayakan Euro 2016.

“Saya mahu beraksi, sekarang saya perlu terus berusaha dan melihat jika saya mempunyai nasib yang bagus di kelab ini.”

Pemain midfield Liverpool, Lucas Leyva bersedia untuk memberikan cabaran kepada persaingan itu.

“Ia mungkin menjadi salah satu perlawanan terbesar musim ini,” dia memberitahu laman sesawang kelab itu.

Saya rasa jika anda mendapatkan keputusan yang bagus di sana, ia memberikan anda banyak kepercayaan dan keyakinan.”

Juara Chelsea menghadapi kunjungan awal musim yang penting ke Everton. Pasukan The Blues mengumpulkan empat mata dari empat perlawanan, permulaan kedua terburuk dalam mempertahankan gelaran Liga Perdana, dan sudah ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu City.

ARTIKEL YANG SAMA