Man United benam Northampton

Man United benam Northampton

LONDON, 22 Sept – Man United mencatatkan kemenangan 3-1 di Northampton Town dalam persaingan Piala Liga semalam, sekali gus mengurangkan tekanan ke atas pengurus Jose Mourinho.

Mourinho menyaksikan United tewas dalam tiga perlawanan sebelumnya, tetapi jaringan Michael Carrick, Ander Herrera dan pemain gantian Marcus Rashford di Sixfields meletakkan pasukannya di tangga keempat.

Manchester City juga mencatatkan kemenangan 2-1 di Swansea City untuk menyertai Chesela, Arsenal dan Liverpool dalam 16 kelompok terakhir. Kemenangan United itu adalah tonik yang diperlukan Mourinho dan pasukannya berikutan kekalahan berturut-turut kepada Manchester City, Feyenoord dan Watford.

Dia membuat sembilan pertukaran dalam pasukan yang tewas 3-1 kepada Watford Ahad lalu, dengan Chris Smalling dan kapten Wayne Rooney dikekalkan. Rooney bermula di depan buat kali pertama sejak musim lalu dan mensia-siakan peluang awal apabila gagal menyempurnakan hantaran lintang Ashley Young.

Pemain Northampton, Sam Hoskins (kanan) terjatuh selepas dikasari pemain United, Daley Blind semasa perlawanan Piala Liga di Stadium Sixfields, Northampton, kelmarin. – AP
Pemain Northampton, Sam Hoskins (kanan) terjatuh selepas dikasari pemain United, Daley Blind semasa perlawanan Piala Liga di Stadium Sixfields, Northampton, kelmarin. – AP

United berada di depan pada minit ke-17 selepas penjaga gol Northampton, Adam Smith didenda kerana menangkap bola yang dihantar ke belakang.

Rembatan Rooney menerusi sepakan percuma mengenai benteng pasukan tetapi Carrick menyudahkan jaringan menerusi bola melantun di sudut kiri.

Dia kemudian menyaksikan golnya dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid, tetapi Northampton memberikan ancaman kepada United apabila Kenji Gorre mengeggarkan palang pada minit ke-38 dan dalam tempoh empat minit pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan. – AFP