Man United berkongsi mata

Man United berkongsi mata

MANCHESTER, 6 Dis – Manchester United gagal menjaringkan gol di Old Trafford buat kali kedua berturut-turut apabila seri 0-0 berdepan West Ham United, yang menyebabkan mereka jatuh ke kedudukan keempat Liga Perdana, sebentar tadi.

Skuad kendalian Louis van Gaal kini seri tanpa jaringan sebanyak lima kali di laman sendiri dalam semua kejohanan musim ini, sekali gus memberi ancaman kepada mereka dalam usaha mencipta gelaran domestik dan mara ke saingan Eropah.

United yang kehilangan kapten akibat kecederaan dan penjaring utama Wayne Rooney kerana kecederaan pergelangan kaki, mencipta beberapa peluang tetapi kurang menyengat dalam pertembungan itu yang terus menambah tekanan terhadap van Gaal, yang kini dikritik secara meluas kerana taktik konservatif diamalkannya.

Ulangan keputusan yang sama berdepan Wolfsburg awal pagi Rabu lalu ternyata memberi kesan kepada mereka dalam pertemuan yang perlu dimenangi bagi memastikan mereka terus mara dalam Liga Juara-Juara.

Maroune Fellaini berebut bola dengan pemain West Ham United James Tomkins. - Reuters
Maroune Fellaini berebut bola dengan pemain West Ham United James Tomkins. – Reuters

United sekurang-kurangnya akan ke Jerman dengan rekod tanpa kalah di laman sendiri dalam Liga Perdana, walaupun West Ham juga sepatutnya menyalahkan banyak peluang terlepas yang memberikan kesan terhadap mereka untuk menang kali pertama dalam lima perlawanan.

Mereka juga gagal menambah United dalam senarai pasukan yang pernah ditewaskan musim ini di laman sendiri, termasuk Arsenal, Manchester City dan Liverpool. – AFP