Man United gagal dapatkan Schneiderlin

Man United gagal dapatkan Schneiderlin

SOUTHAMPTON, United Kingdom, 7 Julai (AFP) – Southampton telah menolak tawaran Manchester United untuk mendapatkan midfield mereka Morgan Schneiderlin, menurut pengurus kelab Ronald Koeman semalam.

Pemain antarabangsa Perancis itu telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford dan tawaran United sekitar 20 juta pound telah ditolak setakat dua minggu lalu.

“Dua minggu lalu kami mendapat tawaran besar daripada Man United tetapi tidak mencukupi. Tawaran itu tidak serius dan tidak ada lagi tawaran hari ini,” kata Koeman.

Pengurus United, Louis van Gaal berharap untuk mendapatkan Schneiderlin sebelum memulakan jelajah pra-musim di Amerika Syarikat 13 Julai ini.

Koeman bersedia untuk melepaskan pemain berusia 25 tahun jika tawaran United bertepatan dengan nilai pemain Saints itu.

Ronald Koeman menolak tawaran Manchester United untuk mendapatkan Morgan Schneiderlin. – AFP
Ronald Koeman menolak tawaran Manchester United untuk mendapatkan Morgan Schneiderlin. – AFP

“Semua orang tahu Morgan dan jika anda boleh mendapatkan satu langkah yang besar saya boleh memahaminya,” tambah Koeman.

“Jika ada apa-apa urusan, saya berharap ia akan berlaku tidak lama lagi kerana itulah yang terbaik untuk pemain, untuk kami dan kami perlu berfikir tentang diri sendiri jika menjual pemain.

“Saya ada banyak pertemuan dengan Morgan. Minggu lepas pun saya jumpa dia dan penting bagi pemain untuk melakukan pra-musim yang baik dan kita akan lihat apa yang berlaku dalam beberapa hari akan datang.”

Morgan hilang daripada skuad apabila Southampton dilaporkan kembali untuk latihan pra-musim semalam tetapi Koeman menegaskan ‘perkara itu tidak serius’.

“Morgan sakit. Dia akan datang esok dan akan bersama seluruh skuad ke Austria,” kata Koeman menjelang jelajah pra-musim Southampton. The Saints akan menentang RB Leipzig dalam aksi pertama jelajah mereka esok.

ARTIKEL YANG SAMA