Man United intai pusingan 16 terakhir

Man United intai pusingan 16 terakhir

MANCHESTER, United Kingdom, 24 Nov (AFP) – Pengurus Manchester United, Louis van Gaal berharap untuk mendiamkan pengkritiknya apabila pasukannya menjadi hos kepada PSV Eindhoven esok yang memerlukan kemenangan untuk mara ke Liga Juara–Juara.

Biarpun kritikan berterusan ke atas kualiti bola sepak mereka, United melonjak di tangga kedua dalam senarai Liga Perdana selepas mengetepikan Watford 2-1 pada Sabtu lalu dan berpeluang untuk mengambil alih kedudukan teratas hujung minggu ini apabila mereka berkunjung ke pendahulu pasukan Leicester City.

Tempat dalam 16 pusingan akhir Liga Juara–Juara adalah milik mereka jika mereka menang di Old Trafford esok dan bagi semua kritikan yang ditujukan kepadanya oleh pengulas dan bekas pemain United seperti Paul Scholes, Van Gaal tahu dia memenuhi objektifnya.

“Jika kami menewaskan PSV, jadi kami akan layak,” dia memberitahu MUTV. “Adalah penting untuk menang, tetapi bukanlah mudah kerana pada setiap perlawanan, anda tidak boleh menyatakan kami akan menewaskan mereka. “PSV juga menewaskan Wolfsburg dan saya rasa mereka adalah pasukan yang bagus. Mereka juga menewaskan Manchester United, sudah tentu.”

Van Gaal amat memerlukan kemenangan menentang Eindhoven esok bagi memastikan United mampu melangkah ke pusingan 16 terakhir Liga Juara–Juara. – Reuters
Van Gaal amat memerlukan kemenangan menentang Eindhoven esok bagi memastikan United mampu melangkah ke pusingan 16 terakhir Liga Juara–Juara. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA