Man United jinakkan Wolf

Man United jinakkan Wolf

MANCHESTER, United Kingdom, 1 Okt (AFP) – Juan Mata menjaringkan satu gol semasa Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Wolfsburg 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara pagi tadi.

Selepas tewas 2-1 di PSV Eindhoven pada perlawanan pertama, pasukan Louis van Gaal ketinggalan menerusi gol minit keempat Daniel Caligiuri di Old Trafford sebelum Mata menyelamatkan pasukan tuan rumah.

Pemain tengah Sepanyol itu menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-34 dan mencipta peluang untuk gol menakjubkan daripada Chris Smalling lapan minit selepas babak kedua bermula untuk memberikan United kemenangan keempat berturut-turut.

“Amat sukar kerana mereka menjaringkan gol begitu awal,” Van Gaal kepada BT Sport.

“Kemudian kami itu bermain dengan baik. Kami mencipta banyak peluang. Tetapi tidak menyelesaikannya dan saya fikir penalti pula nasib bagus.

Juan Mata menyempurnakan sepakan penalti semasa menentang Wolfburg dalam aksi Kumpulan B di Old Trafford semalam. – AFP
Juan Mata menyempurnakan sepakan penalti semasa menentang Wolfburg dalam aksi Kumpulan B di Old Trafford semalam. – AFP

“Kemudian kami menjaringkan gol dan selepas itu menderita. Kami perlu mengekalkan penguasaan lebih baik pada separuh kedua.”

United kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam tempoh dua tahun dan kekalahan Wolfsburg, ditambah pula dengan PSV tewas 3-2 di CSKA Moscow, menyebabkan mereka terjerumus dalam saingan seri penjuru untuk tempat pertama dalam Kumpulan B sebelum berkunjung ke ibu negara Rusia 21 Oktober.

Wolfsburg menyelesaikan permainan dengan gagah tetapi gagal mengelak kekalahan keempat berturut-turut di England, menyebabkan juara Piala Jerman musim lalu dan naib juara Bundesliga itu tanpa kemenangan selepas tiga perlawanan.

“Kami tidak bernasib baik,” kata jurulatih Wolfsburg Dieter Hecking. “Tetapi saya yakin kami boleh membina prestasi kukuh malam ini.”

Selepas Luke Shaw patah kaki di PSV, United terpaksa membuat rombakan pertahanan yang menyaksikan Antonio Valencia ditempatkan di bek kanan dan gara-gara pemain Ecuador itu cuai, Wolfsburg berada di depan.

ARTIKEL YANG SAMA