Man United ke final Piala FA

Man United ke final Piala FA

LONDON, 24 April – Michael Carrick teruja dengan kejayaan Manchester United dalam keadaan dramatik ketika jaringan minit akhir Anthony Martial ke atas Everton yang membolehkan mereka menempah tempat dalam persaingan akhir Piala FA.

United akan membuat kemunculan pertama mereka dalam persaingan akhir selama sembilan tahun selepas Martial mempamerkan persembahan menarik separuh masa kedua yang berakhir dengan kemenangan 2-1 bagi pasukan kendalian Louis van Gaal di Wembley, semalam.

Selepas jaringan pembukaan Marouane Fellaini pada minit ke-34, United mengawal permainan sebelum mereka kehilangan cengkaman pada separuh masa kedua.

Penjaga gol United, David de Gea terpaksa menyelamatkan sepakan penalti Romelu Lukaku tetapi pasukan Everton masih dapat menyamakan kedudukan menerusi jaringan sendiri Chris Smalling pada minit ke-74.

Everton tidak dapat untuk menukar tekanan mereka bagi jaringan lebih lanjut dan pemain penyerang Perancis, Martial menyudahkan gol dengan tenang pada minit akhir.

Anthony Martial ketika menjaringkan gol kemenangan buat Manchester United dalam perlawanan separuh akhir Piala FA. – AP
Anthony Martial ketika menjaringkan gol kemenangan buat Manchester United dalam perlawanan separuh akhir Piala FA. – AP

“Ia adalah separuh masa kedua yang gila. Terdapat peluang di merata tempat dan untuk menyudahkan seperti itu adalah cara yang terbaik untuk memenangi perlawanan,” Carrick memberitahu BBC.

“Kami beraksi dengan permainan yang bagus pada separuh masa pertama dan kami merasa selesa dan menguasai permainan.”

United akan menentang Watford atau Crystal Palace, yang akan bertemu hari ini, dalam final pada 21 Mei ketika mereka memburu bagi memenangi perlawanan itu buat kali pertama sejak menewaskan Millwall pada 2004.

Carrick mengakui satu lagi kejayaan Piala sudah lama tertangguh ketika United dilihat akan menamatkan musim sukar kerana keadaan persaingan yang sengit.

“Ia bermakna segalanya perlu dimenangi. Kami terdesak untuk memegang trofi ini buat masa yang panjang,” tambah Carrick.

“Kami belum berada di sana tetapi kami memberikan diri kami peluang.”

Penyelamat menarik De Gea menerusi sepakan penalti Lukaku menggariskan reputasinya sebagai salah satu penjaga terbaik dunia dan dengan United memburu empat penyudah teratas dalam Liga Perdana, pemain dari Sepanyol itu meletakkan pandangannya ke atas penyudah menarik dalam kempen itu.

“Sepakan penalti itu adalah masa yang penting. Everton beraksi dengan baik dan mendapatkan beberapa peluang pada akhirnya. Kami merasa gembira,” kata de Gea. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA