Man United mahu khidmat Bale

Man United mahu khidmat Bale

MANCHESTER, 5 Jan (Agensi) – Manchester United bersedia untuk kembali melancarkan bidaan bernilai lebih STG75 juta bagi mendapatkan khidmat Gareth Bale dari Real Madrid.

Gergasi Liga Perdana Inggeris itu melihat pemecatan kejam Rafa Benitez, malam tadi sebagai tanda yang menggalakkan untuk melakukan perjanjian yang boleh memecahkan rekod buat Bale.

Walaupun pengganti Benitez, Zinedine Zidane menegaskan secara umum betapa pemain Wales itu bukan untuk dijual, dia semakin berkembang di bawah Benitez dan difahamkan akan kecewa melihatnya pergi.

Bekas bos Liverpool dan Chelsea, Benitez cuba untuk membina pasukan di sekeliling Bale yang dibeli dengan nilai STG85 juta dan dia menjaringkan gol berdepan Valencia kelmarin – jaringan kesembilan musim ini.

United memerlukan cetusan kreatif dan berazam untuk membawa masuk pemain Galactico itu dengan penyerang berusia 26 tahun berkenaan masih menjadi sasaran nombor satu dan mereka kini percaya peluang semakin baik.

Ia pasti akan menjadi sesuatu yang besar buat United dan mereka percaya Bale boleh tergoda untuk kembali ke bola sepak England musim panas ini.

Bekas bintang Tottenham itu berazam untuk mencipta kejayaan di Madrid tetapi dia kini menanti untuk melihat apa peranan yang akan dimainkannya di bawah kendalian Zidane dan masih ada keraguan sama ada dia akan diletakkan di tengah seperti perancangannya.

ARTIKEL YANG SAMA