Man United malang

Man United malang

PARIS, 16 Sept (AFP) – Manchester United mencatatkan kepulangan teruk ke Liga Juara-Juara selepas hilang selama 12 bulan apabila Luke Shaw mengalami keretakan di kakinya ketika mereka tewas 2-1 di PSV Eindhoven semalam.

Namun tajuk perbincangan di Belanda adalah kecederaan teruk Shaw yang menyaksikan beliau dibawa ke hospital, dan perlu menjalani pembedahan.

“Sungguh dahsyat. Apabila dia memasuki bilik rawatan, dia memakai topeng oksigen, dia sedang menangis,” kata pengurus United Louis van Gaal.

Ketika ditanya tempoh masa yang akan diambil oleh Shaw untuk sembuh, van Gaal berkata: “Saya bukan seorang doktor, jadi saya tidak dapat bercakap. Dua keretakan, pada lazimnya ia mengambil masa enam bulan, tetapi anda tidak boleh berkata lebih awal.”

Pemain antarabangsa England itu sedang meluru ke dalam petak apabila dia terkena bentesan berbahaya dari kanan pemain antarabangsa Mexico Hector Moreno.

Luke Shaw meraung selepas menerima bentesan Moreno dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Philips di Belanda semalam. – AFP
Luke Shaw meraung selepas menerima bentesan Moreno dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Philips di Belanda semalam. – AFP

“Saya minta maaf,” kata Moreno. “Saya berharap dia akan kembali secepat mungkin.”

Shaw menerima rawatan selama lapan minit di padang. Memphis Depay memberikan United mata pendahuluan ke atas bekas kelabnya dengan gol menakjubkan pada 41 minit.

Namun Moreno – yang mungkin bernasib baik masih berada di padang, apalagi tidak diberikan faul atas cabarannya – menyamakan kedudukan menerusi tandukan dari satu penjuru sebelum rehat.

Jika keputusan seri itu tidak diterima, gol kedua PSV mempunyai elemen hentam dan rebut apabila Luciano Narsingh menjaringkan bola yang dihantar daripada Maxime Lestienne.

United menguasai dari segi pemilikan, kawasan dan peluang namun gagal menjaringkan gol tambahan.

ARTIKEL YANG SAMA