Man United masih boleh menangi liga

Man United masih boleh menangi liga

MANCHESTER, 18 Jan – Manchester United masih boleh memenangi gelaran Liga Perdana, biarpun kempen hambar mereka setakat ini, selepas kemenangan 1-0 di Liverpool semalam membolehkan mereka merapatkan jurang tujuh mata dari kedudukan teratas, kata pengurus pasukan, Louis van Gaal.

Kemenangan itu menyaksikan United menghampiri pasukan pendahulu Arsenal, yang mencatatkan 44 mata bersama Leicester City selepas berkongsi keputusan seri 0-0 di Stoke City. Ditanya jika United masih berada dalam perebutan gelaran, pengurus dari Belanda itu memberitahu sidang akhbar: “Ia adalah tujuh mata dan kami boleh mengatasinya.

“Perlawanan ini memberikan semangat kepada pemain, penyokong, kepada semua orang dalam persekitaran Manchester United dan kami pasti meneruskannya.

“Ia bukanlah mudah, dan kami menyaksikannya hari ini, tetapi kami boleh melakukannya kerana kami menunjukkan setiap minggu kami boleh melakukannya.”

Van Gaal kelihatan berpuas hati setelah kelabnya berjaya menewaskan Liverpool. - Reuters
Van Gaal kelihatan berpuas hati setelah kelabnya berjaya menewaskan Liverpool. – Reuters

“Untuk menewaskan Liverpool ia adalah penting,” tambahnya. “Hari ini, ia adalah penting kerana pesaing kami kehilangan mata dan apabila jurang seperti ini, kami boleh menterbalikkannya.”

Van Gaal menghadapi banyak pengkritik di kalangan peminat United tetapi memberikan mereka sekurang-kurangnya empat alasan untuk tersenyum sejak mengambil alih di Old Trafford empat kemenangan dalam empat perlawanan liga menentang Liverpool. – Reuters