Man United sedia hadapi Arsenal

Man United sedia hadapi Arsenal

LONDON, 4 Okt (Agensi) – Louis van Gaal mendedahkan betapa beliau sangat meminati corak permainan Arsenal dan kenyataan itu hadir menjelang pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Emirates.

Selain itu, beliau juga mahu kaedah apakah yang akan digunakan Gunners untuk bangkit selepas berdepan kekalahan di tempat sendiri kepada Olympiakos dalam saingan Liga Juara-Juara, Rabu lalu.

Skuad kendalian Arsene Wenger itu tumpas 3-2 di tangan Olympiacos, 24 jam sebelum United melakar kemenangan 2-1 ke atas Wolfsburg di Old Trafford.

United yang menewaskan Arsenal 2-1 di gelanggang sama musim lalu, akan bertandang selaku pendahulu Liga Perdana tetapi van Gaal mengaku anak buahnya bakal berdepan pasukan yang mempunyai teknikal terbaik di England sekali gus menjangka pertembungan itu bukanlah mudah.

Louis Van Gaal yakin bahawa pasukannya akan menang dalam perlawanan menentang Arsenal. – AFP
Louis Van Gaal yakin bahawa pasukannya akan menang dalam perlawanan menentang Arsenal. – AFP

“Saya rasa Arsenal adalah salah satu pasukan paling hebat dalam liga terutama dari segi teknikal dan taktikal mereka – mungkin juga yang terbaik. Saya suka melihat corak permainan mereka,” katanya.

“Walaupun mereka tidak mencapai banyak kemenangan, anda semua perlu lihat bagaimana peningkatan mereka. Bagaimanapun, saya bukan pengurus mereka dan saya tidak boleh mempedulikan hal berkenaan.

“Kami boleh dianggap bernasib baik di Emirates musim lalu. Saya percaya ketika itu Arsenal bermain lebih baik tetapi kami muncul pemenang. Di dalam saingan Piala FA, kami tewas. Itulah bola sepak. Anda boleh tewas walaupun anda ketika itu bermain sebagai pasukan lebih baik. Kami turut mencipta keputusan seri di tempat sendiri dan justeru, kami sebenarnya seimbang.”