Man United tidak bernasib baik – Rooney

Man United tidak bernasib baik – Rooney

MANCHESTER, 29 Dis – Manchester United tidak bernasib baik kerana tidak mengalahkan Chelsea walaupun menguasai sepanjang perlawanan, Wayne Rooney berkata berikutan perlawanan seri tanpa gol menentang juara liga itu.

Perlawanan yang berkesudahan seri itu melanjutkan perlawanan tanpa menang United lapan kali berturut-turut, dan meninggalkan kelab paling berjaya di Liga Perdana itu ke tangga keenam di kedudukan liga.

“Kami mencipta banyak peluang,” Rooney, penjaring kedua terbanyak kelab tersebut memberitahu media British.

Rooney mensia-siakan peluang apabila membuat rembatan pada saat-saat akhir perlawanan apabila United bergelut untuk mengambil kesempatan dengan kelebihan kawalan bola dan peluang. Dia telah menjaringkan hanya satu gol dalam penampilan 14 kali dalam saingan liga musim ini.

“Kami melalui masa yang sukar namun kami tetap terikat dan memberikan tentangan yang hebat,” kata Rooney, yang terkejut menjadi ‘Man of the Match’.

Wayne Rooney berebut bola bersama pemain Chelsea Kurt Zouma dalam perlawanan itu. – AFP
Wayne Rooney berebut bola bersama pemain Chelsea Kurt Zouma dalam perlawanan itu. – AFP

“Ia merupakan keputusan yang mengecewakan walaupun kami mendominasi perlawanan, tapi itulah bola sepak.”

United hanya menemui jaring tiga kali dalam enam perlawanan liga baru-baru ini, yang memberikan perhatian buat bekas kapten Liverpool Steven Gerrard untuk mencadangkan penyerang baru buat United.

“Saya berasa mereka memerlukan penyerang tambahan,” Gerrard, bekas rakan sepasukan Rooney di skuad England, memberitahu BT Sport.

“Terlalu banyak tekanan terhadap Wayen Rooney, Martial masih muda, Depay juga masih muda.”

Anthony Martial telah menjadi salah seorang pemain terbaik United selepas menyertai kelab itu musim lepas. Walaupun menjaringkan empat gol dalam empat perlawanan pertamanya, pemain berusia 20 tahun itu telah dipindah ke bahagian sayap disebabkan prestasi Memphis Depay yang buruk.

Red Devils telah menjual pemain-pemain penyerang Robin van Persie dan Javier Hernandez di awal musim.

Louis van Gaal juga menamatkan peminjaman Radamel Falcao dan membenarkan penandatanganan Angel Di Maria untuk berpindah ke Paris Saint-Germain. – Reuters