Mana perpaduan ASEAN dalam isu jerebu?

Mana perpaduan ASEAN dalam isu jerebu?

SINGAPURA, 4 Okt (Bernama) – Mencari penyelesaian kekal untuk mengatasi masalah jerebu daripada berulang seharusnya menjadi keutamaan serantau, menurut pakar ekonomi di sini.

Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Ekonomi AMP Capital memberitahu Bernama lebih lama jerebu melanda, kesan ekonomi diukur akan menjadi lebih ketara.

Forum Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan Asia Tenggara (SEANF) yang berlangsung baru-baru ini di Kuala Lumpur juga mencadangkan anggota ASEAN memberi pertimbangan sewajarnya terhadap masalah jerebu yang tidak berkesudahan di rantau ini.

Pemimpin ASEAN sentiasa menekankan perpaduan kukuh dan solidarity sesama negara anggota.

Tetapi masalahnya di sini, di manakah perpaduan ASEAN dalam mengatasi masalah jerebu? Singapura, menawarkan pelbagai tawaran untuk membantu, tetapi tawaran itu telah beberapa kali ditolak.

Terbaru, pada Khamis lepas apabila Indonesia menjelaskan pada mesyuarat antara pegawai kedua-dua negara, yang ia mempunyai sumber yang mencukupi untuk mengatasi isu jerebu. Oleh itu, katanya tiada keperluan untuk menerima bantuan Singapura pada masa ini.

Menteri Dalam Negeri dan Menteri Undang-Undang, K. Shanmugam yang sebelum ini Menteri Luar dilaporkan menegaskan keseriusan Singapura menangani masalah itu.

ARTIKEL YANG SAMA