Manati dibiak di S’pura dihantar ke Caribbean

Manati dibiak di S’pura dihantar ke Caribbean

SINGAPURA, 8 Ogos – Dua ekor manati yang lahir dan dibiakkan di Zoo Singapura meninggalkan negara kota itu awal hari ini menuju Guadeloupe sebagai sebahagian daripada program pendudukan semula pertama di dunia bagi mamalia, yang menjadi pupus di pulau Caribbean, Perancis.

Males Kai, tujuh tahun dan Junior, enam tahun, meninggalkan Singapura pada pukul 4:50 pagi bagi perjalanan selama 34 jam menaiki penerbangan kargo Singapore Airlines, menurut pengendali zoo.

Selepas majlis perpisahan semalam yang dihadiri oleh wakil-wakil dari kedutaan Perancis, manati-manati itu yang seberat beratus-ratus kilo – telah dipujuk memasuki kanvas dan ditempatkan dalam tong yang dibuat khas yang dialas dengan span tebal, satu operasi yang melibatkan berbelas-belas kakitangan zoo.

Span itu akan sekali skala disembur dengan air ketika dalam penerbangan. Dua veterinar dari taman negara Guadeloupe dan seorang pengurus akuarium dari zoo Singapura mengikut perjalanan itu.

Timbalan Ketua Misi dari kedutaan Perancis di Singapura, Laurence Beau (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Mandai Park Holdings, Mike Barclay (kanan) memberi makan manati dengan sayur semasa majlis perpisahannya di taman tema River Safari, Singapura pada 7 Ogos. – AFP
Timbalan Ketua Misi dari kedutaan Perancis di Singapura, Laurence Beau (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Mandai Park Holdings, Mike Barclay (kanan) memberi makan manati dengan sayur semasa majlis perpisahannya di taman tema River Safari, Singapura pada 7 Ogos. – AFP

Kai dan Junior, yang dilahirkan dalam kurungan, adalah 15 yang pertama jenis mereka yang tiba di Grand Cul-de-Sac Marin, seluas 15,000 hektar, teluk yang dilindungi di Guadeloupe, wilayah luar Perancis di selatan Caribbean.

Ia akan disertai oleh 13 lagi jenis lain dari zoo seluruh dunia.

Mana-mana anak daripada kumpulan ini akan dibebaskan ke tempat asalnya sebagai sebahagian program pendudukan semula.

“Kami gembira mendapat peluang untuk menyumbang ke arah bahagian pendudukan semula kelompok manati bersejarah di Caribbean, yang mana haiwan ini tidak ditemui dalam tempoh lebih sedekad,” kata Mike Barclay, ketua eksekutif pengendali Zoo Singapura, Mandai Park Holdings.

“Projek-projek seperti ini membolehkan kami untuk melakukan bahagian kami dalam melindungi dan memulihara biodiversiti dunia,” menurutnya dalam majlis perpisahan semalam. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA