Manchester tumpuan Piala Liga

Manchester tumpuan Piala Liga

LONDON, 22 Sept – Pengurus Manchester United Jose Mourinho dan rakan sejawatnya di Manchester City Pep Guardiola bakal membuat perhitungan dalam saingan Piala Liga selepas kedua-dua pasukan melepasi pusingan ketiga, kelmarin.

United mencatat kemenangan 3-1 ke atas kelab divisyen 3, Northampton Town sekali gus meredakan tekanan yang dialami Mourinho selepas mengharungi tiga kekalahan berturut-turut, manakala City mengatasi Swansea City 2-1.

“Kami berhak untuk menang,” kata Mourinho selepas gol daripada Michael Carrick, Ander Herrera dan pemain gantian, Marcus Rashford membawa United mara ke pusingan keempat.

Bercakap sebelum majlis undian diadakan, Mourinho mengakui anak buahnya berdepan tugas sukar seperti yang dijangka.

“Namun, kami berjaya mengawal perlawanan untuk tempoh 35 minit dan 45 minit yang terakhir. Ia perlawanan yang sukar tetapi kami mencatat keputusan yang positif,” katanya.

Dua pengurus ini akan bersua lagi dalam pertemuan Piala Liga. – AFP
Dua pengurus ini akan bersua lagi dalam pertemuan Piala Liga. – AFP

Kemenangan United itu seharusnya menjadi tonik kepada skuad bimbingan Mourinho selepas tewas tiga kali berturut-turut ke atas Manchester City, Feyenoord dan Watford.

Dia melakukan sembilan pertukaran terhadap skuad yang tewas 1-3 di tangan Watford dengan Chris Smalling dan kapten, Wayne Rooney menjadi dua pemain yang dikekalkan.

Sementara itu, City merekodkan sembilan kemenangan daripada sembilan perlawanan sejak di bawah kendalian Guardiola susulan kejayaan mengatasi Swansea.

Tottenham Hotspur pula akan berkunjung ke Liverpool selepas membelasah Gillingham 5-0 dan West United berdepan Chelsea selepas menyingkirkan Accrington Stanley. – AFP