Manchester United benam Sampdoria 2-1

DUBLIN, 3 Ogos – Gol daripada Henrikh Mkhitaryan dan penggantinya Juan Mata membantu Manchester United melakar kemenangan 2-1 ke atas Sampdoria di Lansdowne Road, Dublin dalam aksi pra-musim terakhir Reds, awal pagi tadi.

Jaringan itu hadir hasil ledakan Dennis Praet untuk memastikan kemenangan positif musim panas buat United dan memberikan mereka keyakinan dalam pertemuan menentang Real Madrid untuk aksi Piala Super Eropah awal pagi Rabu depan di Macedonia.

Bos United, Jose Mourinho memberikan penampilan pertama buat Nemanja Matic yang dibeli dengan harga 40 juta pound dan bekas pemain Chelsea itu beraksi dengan selesa dalam tempoh 45 minit sebelum digantikan dengan Michael Carrick pada waktu rehat.

Kelab Itali itu yang berada di kedudukan ke-10 dalam Serie A musim lalu tidak mempunyai sebarang percubaan tepat pada separuh masa pertama dan hampir menemui gol dari hantaran ke belakang Danny Blind yang memerlukan David De Gea menggunakan sepenuh kekuatan untuk menyelamatkan gawangnya.

Pemain Manchester United kelahiran DR Congo, Axel Tuanzebe (kiri) bersaing dengan pemain Sampdoria, Ricardo Alvarez dalam aksi persahabatan pra-musim di stadium Aviva di Dublin, kelmarin. – AP
Pemain Manchester United kelahiran DR Congo, Axel Tuanzebe (kiri) bersaing dengan pemain Sampdoria, Ricardo Alvarez dalam aksi persahabatan pra-musim di stadium Aviva di Dublin, kelmarin. – AP

De Gea turut memberikan pasukan Itali itu sepakan percuma secara tidak langsung di tepi kotak penalti namun pertahanan United berjaya menahan bola itu dan melakukan serangan balas.

Antonio Valencia yang beraksi di sayap kanan memberi bola kepada Mkhitaryan, yang kemudian menemui Matteo Darmian di sebelah sayap kiri.

Dia melakukan hantaran balik ke dalam kotak dan ditanduk Mkhitaryan untuk menukar peluang Sampdoria kepada gol United dalam masa 30 saat. – AFP