Manchester United kecewa

Manchester United kecewa

MANCHESTER, United Kingdom, 21 Feb (AFP) – Pemain midfield Manchester United, Michael Carrick menolak gambaran senarai panjang kecederaan kelab itu digunakan sebagai alasan bagi kegagalan mereka dalam pusingan kelima Piala FA menentang divisyen tiga, Shrewbury Town.

Pengurus Louis van Gaal kerap menyalahkan kecederaan yang dialami kelab itu bagi kempen yang tidak memuaskan yang menyaksikan masa depannya sendiri di Old Trafford menjadi persoalan.

Kekalahan dalam persaingan Liga Europa pada Khamis lalu kepada pasukan dari Denmark, Midtjylland dilihat oleh kebanyakan sebagai paling rendah musim ini bagi United dan lebih memalukan akan berdepan dengan pasukan Shrews dalam pertemuan Piala FA jika United akan menemui kegagalan sekali lagi.

Tetapi pemain midfield veteran England itu, Carrick menegaskan rakan sejawatannya tidak boleh menggunakan masalah kecergasan sebagai satu alasan dan perlu memberikan ganjaran kepada peminat setia United dengan kemenangan.

“Kecederaan adalah sebahagian dari permainan – ia adalah sesuatu yang tidak ideal ketika mana kami mahu semua orang cergas, tetapi tidak boleh membuat sebarang alasan dan meletakkan keputusan ketika menentang Midtjylland bagi alasan tersebut,’ kata Carrick.

Michael ketika bersaing bersama Marco dalam satu perlawanan. Michael menolak gambaran senarai panjang kecederaan kelab itu digunakan sebagai alasan bagi kegagalan mereka dalam pusingan kelima Piala FA. – Reuters
Michael ketika bersaing bersama Marco dalam satu perlawanan. Michael menolak gambaran senarai panjang kecederaan kelab itu digunakan sebagai alasan bagi kegagalan mereka dalam pusingan kelima Piala FA. – Reuters

“Kami perlu bangkit dan pergi sekali lagi – tidak ada jalan lain.

“Saya rasa esok adalah perlawanan berbeza tetapi kami memerlukan lebih baik berbanding ketika malam Khamis lalu. Kami tahu apa untuk dijangka tetapi ia akan menjadi sukar dan perlawanan membuktikan bahawa jika anda tidak beraksi pada kedudukan terbaik, anda akan tercicir, jadi kami perlu bersedia untuk itu.

“Jika kami bermain dengan kedudukan terbaik, kami seharusnya memenangi perlawanan. Tetapi ia bukanlah mudah seperti itu, seperti yang kami tunjukkan pada Khamis lalu.”

Carrick menambah, “Penyokong adalah luar biasa dan kami belum memberikan mereka banyak untuk disuarakan. Mereka selalu bersama kami dan menyokong kami sekali lagi di Denmark.”