Manchester United tersingkir

Manchester United tersingkir

WOLFSBURG, 9 Dis – Manchester United tersingkir daripada Liga Juara-Juara selepas tewas 3-2 di Wolfsburg sementara pasukan Jerman itu pula menempah tiket ke pusingan 16 terakhir bersama pesaing Kumpulan B PSV Eindhoven menang 2-1 ke atas CSKA Moscow.

Pengurus United, Louis van Gaal tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas pasukannya tersingkir dan mempersoalkan keputusan membatalkan jaringan Jesse Lingard.

Jaringan kontroversi Lingard sebelum waktu rehat dibatalkan kerana offsaid – gol yang sepatutnya mampu menyamakan kedudukan dan Van Gaal merasakan ia adalah detik penting dalam perlawanan itu.

Gol berkenaan pada awalnya dilihat sah, hanya penjaga garisan mengangkat bendera selepas berbincang dengan pengadil kerana percaya Juan Mata berada dalam kedudukan offsaid – mengganggu penglihatan Diego Benaglio.

“Kamu boleh katakan kami adalah pasukan pilihan tetapi kami berada dalam kumpulan yang sengit. Semua keputusan seperti itu, ia sentiasa 1-0 atau 2-1.

Reaksi pemain Manchester United selepas tewas kepada Wolfsburg, semalam. – AFP
Reaksi pemain Manchester United selepas tewas kepada Wolfsburg, semalam. – AFP

“Apabila kamu mengimbas kembali semua yang kamu ingat, aksi pertama menentang PSV Eindhoven keputusan pengadil turut menentang kami. – AFP