Manchester United tersingkir

Manchester United tersingkir

LONDON, 29 Okt (AFP) – Langkah Manchester United di Piala Liga Inggeris atau Capitol One Cup terhenti sehingga perlawanan pusingan keempat. United kalah kepada Middlesbrough melalui penentuan penalti dalam perlawanan semalam.

Dengan kekalahan ini, United tersingkir dari Piala Liga Inggeris.

Aksi di Stadium Old Trafford itu terpaksa dilanjutkan sehingga ke penentuan penalti setelah kedua-dua pasukan tidak berjaya membolosi gawang lawan selama 120 minit pertandingan berlangsung.

Ketika penentuan penalti, Middlesbrough menang 3-1 ke atas tuan rumah.

Kekalahan Red Devil di laman sendiri berpunca daripada kegagalan Wayne Rooney, Michael Carrick, dan Ashley Young ketika menyempurnakan sepakan penting itu.

Penjaga gawang Middlesbrough, Tomas Mejias (kiri) diberi ucapan tahniah oleh rakan-rakan sepasukan selepas berjaya menepis sepakan penalti pemain Reds, Ashley Young di Old Trafford di Manchester, England pada 28 Oktober 2015. – AFP
Penjaga gawang Middlesbrough, Tomas Mejias (kiri) diberi ucapan tahniah oleh rakan-rakan sepasukan selepas berjaya menepis sepakan penalti pemain Reds, Ashley Young di Old Trafford di Manchester, England pada 28 Oktober 2015. – AFP

Hanya tendangan Andrea Perreira berjaya menembusi gawang Tomas Mejias.

Tendangan Rooney dan Young diselamatkan Meijas, manakala percubaan Carrick melambung dan tersasar dari gawang Middlesbrough.

Bagi pasukan tetamu, hanya David Nugent, pemain kedua yang mengambil sepakan penalti gagal menyempurnakan tugas yang diberikan kepadanya. Selebihnya iaitu Grant Leadbitter, Stewart Downing, dan Ben Gibson berjaya memperdaya Sergio Romero.

Dalam satu lagi perlawanan menyaksikan Southampton mara ke babak berikutnya setelah menang 2-1 ke atas Aston Villa.

Gol yang dicipta Maya Yoshida (51’) dan Graziano Pelle (77’) hanya mampu dibalas dengan satu sepakan penalti oleh Scott Sinclair pada minit ke-90.

Pusingan kelima Piala Liga Inggeris akan dilangsungkan pada 30 November ini.

ARTIKEL YANG SAMA