Mancini bakal tinggalkan Inter Milan

Mancini bakal tinggalkan Inter Milan

MILAN, 8 Ogos – Jurulatih Inter Milan, Roberto Mancini dijangka akan dipaksa keluar selepas pemilik kelab baru daripada China itu memahukan jentera baru bagi memberi nafas baru untuk pasukan itu, lapor media Itali.

Surat khabar daripada Corriere dello Sport dan Gazzetta dello Sport berkata Mancini sedang berunding perjanjian kewangan dengan Inter dan jurulatih Belanda, Frank de Boer bagi pengambil alihan.

Laporan berkata terdapat pertikaian kontrak dengan Mancini bahawa pemilik daripada China itu, Kumpulan Suning, berang selepas Inter tewas 6-1 kepada Tottenham Hotspur dalam perlawanan persahabatan di Oslo pada Khamis lalu.

Mancini telah menjadi jurulatih selama dua tahun dan masih mempunyai kontrak sehingga 2017. De Boer meninggalkan Ajax Amsterdam pada akhir musim lalu. – AFP