Mancini digantung

Mancini digantung

MILAN, 2 Feb – Pengendali Inter Milan, Roberto Mancini (gambar) dikenakan denda dan hukuman gantung satu perlawanan oleh pegawai rasmi Serie A susulan insiden ketika tewas 3-0 dalam pertembungan tetangga dengan AC Milan.

Mancini diarahkan keluar padang pada babak kedua selepas bertengkar dengan pegawai keempat susulan keputusan pengadil untuk tidak menghadiahkan penalti selepas penjaga gol Milan, Gianluigi Donnarumma merempuh penyerang Eder.

Tatkala Mancini menuju ke terowong, dia kemudian menunjukkan isyarat jari hantu kepada penyokong Milan dan kemudian terbabit pula dengan tindakan mengeluarkan kata-kata kesat kepada stesen televisyen.

Kenyataan Serie A semalam berkata, Mancini bersikap ‘kurang ajar terhadap pengadil sebaik enam minit di babak kedua.’

“Selepas diarahkan keluar padang dia menghina pegawai keempat dan kemudian menunjukkan isyarat jari hantu kepada penyokong sebelum mengeluarkan kata-kata kesat di depan stesen televisyen.

Inter Milan v Carpi - Italian Serie A

“Selain perlu membayar denda sebanyak $5,000 pound Mancini akan menonton daripada tempat duduk penonton apabila Inter menerima kunjungan Chievo esok bagi mencari kemenangan pertama dalam lima aksi.

Mancini mengakui kepada media selepas itu bahawa dia bertindak ‘nakal’ terhadap penyokong Milan yang menghinanya.

Tambahnya, “Saya tidak bersetuju dengan beberapa keputusan pengadil malam ini (kelmarin), sebahagian daripadanya adalah teruk. Apapun kami tewas 3-0 dan kami mempunyai beberapa masalah untuk diperbaiki.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA