Mandi di temp...

Mandi di tempat awam

5-tahunBANDAR SERI BEGAWAN, 4 Januari 2012 – Panorama indah di Taman Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang terletak di jalan penghubung Kiulap dan Gadong telah dicemari dengan aksi dua orang remaja yang mandi di dalam air pancut di taman berkenaan.

Dua remaja ini dilihat mandi-manda di situ kira-kira jam 3 petang. Beberapa pekerja yang membuat tugasan masing-masing tidak mengambil endah perbuatan dua remaja itu yang hanya mengenakan pakaian dalam di khalayak ramai. Perbuatan ini mungkin satu hiburan bagi mereka, namun secara tidak langsung mencemarkan imej Brunei, lebih-lebih lagi ramai pelancong mengunjungi kawasan itu.

Pihak berkenaan diseru untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan orang awam di sana kerana buat masa ini taman berkenaan masih lagi dalam peringkat penyelenggaraan.