Mandur ladang sawit maut motosikal terbabas di Kinabatangan

Mandur ladang sawit maut motosikal terbabas di Kinabatangan

KINABATANGAN, 20 Sept (Bernama) – Seorang wanita yang bekerja sebagai mandur di sebuah ladang kelapa sawit maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di kawasan ladang itu di Suam Lamba, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Md Zain berkata kejadian berlaku pada kira-kira 7 pagi ketika Maria Harianto, 48, dalam perjalanan dari rumahnya ke tempat kerja di dalam kawasan ladang itu.

Katanya Maria yang merupakan pekerja Ladang Borneo Samudera disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Kinabatangan.

Zabidi berkata siasatan mendapati wanita itu tidak mempunyai lesen menunggang motosikal.