Manfaat BIMP-EAGA

Manfaat BIMP-EAGA

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Julai – Negara Brunei Darussalam yang terletak di tengah BIMP-EAGA yang dikelilingi oleh Sarawak, Sabah, Filipina dan Indonesia dengan jumlah penduduk kira-kira 60 juta memberikan kelebihan kepada para peniaga luar negara untuk mengembangkan perniagaan mereka dalam pengeksportan produk ke negara-negara lain melalui negara ini.

Presiden Persekutuan Peniaga-perniaga Melayu Brunei (PPPMB), Dr. Haji Latif Chuchu berkata demikian semasa kunjungan delegasi peniaga dan para pegawai dari rantau Ningxia Hui, China ke Ibu Pejabat PPPMB di Beribi, hari ini.

Beliau seterusnya menjelaskan, antara kelebihan untuk memulakan perniagaan di negara ini adalah pengiktirafan sijil halal yang memudahkan para peniaga menembusi pasaran negara-negara Islam.

“Negara Brunei Darussalam sangat tegas dengan pensijilan halal dan ini membolehkan ia diiktiraf dan tidak mempunyai banyak masalah untuk memasuki pasaran negara-negara Islam terutama sekali di Timur Tengah.

Perbincangan perniagaan di antara PPPMB dan Ningxia Hui semasa lawatan rombongan itu kelmarin.
Perbincangan perniagaan di antara PPPMB dan Ningxia Hui semasa lawatan rombongan itu kelmarin.

Rombongan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah, Pejabat Hal Ehwal Ningxia Hui (Luar Negara China), Zhang Huaiyi itu antara lain membincangkan peluang-peluang perniagaan yang terdapat di negara ini.

Delegasi itu juga memperkenalkan kejayaan yang telah dicapai oleh Ningxia Hui sejak ia mula ditubuhkan diikuti dengan penyertaan rombongan itu dalam menembusi perniagaan luar negara.

Lawatan itu antara lain bertujuan adalah untuk membincang-kan peluang-peluang perniagaan antara Brunei Darussalam dengan China dan juga peluang berkongsi pengalaman serta bertukar-tukar pendapat di antara kedua-dua pihak.

ARTIKEL YANG SAMA