Manfaat cuti bersama keluarga

Manfaat cuti bersama keluarga

TUTONG, 22 Dis – Musim cuti persekolahan pada masa ini amat bermakna bila ia dimanfaatkan oleh sebilangan keluarga untuk mengadakan kegiatan yang menjurus ke arah aktiviti kekeluargaan.

Bagi keluarga Allahyarham Haji Idris bin Yusof yang berasal dari Kampung Penanjong, Tutong, kesempatan ini sangat dinanti-nantikan apabila mereka sekali lagi mengadakan Hari Keluarga HIY Famili ke-3 di kawasan rumah Allahyarham tersebut.

Seramai lebih 60 orang waris keluarga Allahyarham yang terdiri daripada anak, cucu dan cicit menyertai acara berkenaan.

Para bapa melayani anak-anak bermain bot.
Para bapa melayani anak-anak bermain bot.

Pelbagai aktiviti sukan dan permainan diadakan bagi memeriahkan lagi acara itu termasuk mencari gula-gula dalam tepung, menyambung straw, memancing botol, makan roti bergantung dan sebagainya.

Hari keluarga seumpama ini merupakan satu kegiatan tahunan yang akan terus diadakan sebagai satu wadah bagi menyatupadukan warisan dalam satu ikatan kekeluargaan yang kukuh.

ARTIKEL YANG SAMA