Manfaatkan media sosial bentuk ekonomi

Manfaatkan media sosial bentuk ekonomi

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Negara anggota ASEAN perlu memanfaatkan media sosial bagi membentuk semula ekonomi mereka, memandangkan 40 peratus daripada penduduk di rantau ini terdiri daripada golongan generasi muda, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood.

“Media sosial menjadi kekuatan yang merentasi seluruh ASEAN dan ia dipacu oleh dua perkara iaitu populasi muda ASEAN, yang membesar serta memahami dunia digital, terutamanya media sosial.

Yasmin merupakan salah seorang ahli panel dalam satu sesi interaktif yang bertajuk, “Membentuk Semula Ekonomi ASEAN Menerusi Inovasi Digital” pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) Mengenai ASEAN 2016 selama dua hari yang bermula hari ini.

MDEC, yang merupakan agensi utama yang bertanggungjawab memandu ekonomi digital Malaysia, telah terlibat dalam projek atau inisiatif e-dagang bersama dengan syarikat, perusahaan mikro dan institusi pengajian tempatan di kawasan luar bandar.

Beliau memetik contoh daripada kejayaan Malayia apabila hari ini peniaga kecil pasar malam berjaya meningkatkan pendapatan mereka kepada dua kali ganda serta mampu membeli rumah mereka sendiri.

Beliau juga menjelaskan bahawa ketersambungan merupakan pemboleh ini kerana ia mampu mencapai setiap aspek kehidupan rakyat. – Bernama

 

ARTIKEL YANG SAMA