Mangala cabar Citizens

Mangala cabar Citizens

MANCHESTER, United Kingdom, 11 Dis (AFP) – Pertahanan Manchester City, Eliaquim Mangala mencabar pasukannya untuk menamatkan minggu yang tidak menentu dengan merampas kembali kedudukan teratas Liga Perdana.

Kekalahan di Stoke minggu lalu menyaksikan pasukan Manuel Pellegrini jatuh di tangga ketiga, namun mereka memberikan respons dengan bersemangat untuk menewaskan Borussia Monchengladbach 4-2 dan memastikan selesai di tangga teratas kumpulan Liga Juara–Juara.

Ia bermakna City bersedia untuk menghindari nama–nama besar Eropah apabila undian bagi pusingan 16 terakhir dibuat Isnin ini dengan meningkatkan harapan mereka boleh menikmati persaingan menuju peringkat seterusnya.

Hasilnya, banyak perkara meningkat bagi pasukan Pellegrini sekali lagi selepas rentak hambar liga baru–baru ini selepas hanya mampu meraih empat mata daripada empat perlawanan.

Dengan keyakinan meningkat sekali lagi, perlawanan di laman sendiri menentang Swansea tanpa pengurus esok menawarkan satu peluang jelas untuk mengembalikan momentum.

Mangala mencabar Citizens untuk merampas kembali kedudukan teratas Liga Perdana. – Reuters
Mangala mencabar Citizens untuk merampas kembali kedudukan teratas Liga Perdana. – Reuters

“Ia adalah perlawanan yang kami perlu menangi kerana kami mahu kembali kepada kedudukan teratas secepat mungkin,” kata Mangala, yang kelabnya boleh menggantikan Leicester di tempat pertama jika menewaskan Swansea sebagai pendahulu dan Arsenal di tempat kedua tidak beraksi sehingga lewat hujung minggu.

“Kami menunjukkan semangat pada separuh masa kedua Selasa lalu dan kami layak untuk menang. Kami akan meneruskan rentak itu, di mana apa yang anda perlukan dalam perlawanan seperti itu, dan kami mendapatkan ganjaran.

“Kami tahu kami boleh menewaskan pasukan lain apabila bermain pada kedudukan terbaik. Jika kami beraksi seperti yang kami lakukan pada separuh masa kedua Selasa lalu, kami boleh melakukan dengan baik. Tetapi kami perlu beraksi dengan baik sepanjang perlawanan, bukan hanya pada separuh masa kedua.”

Cabaran gelaran Liga Perdana City terjejas dengan senarai panjang pemain yang mengalami kecederaan musim ini, walaupun Pellegrini payah untuk menolak gambaran bahawa dia terlalu bergantung kepada kapten pasukan Vincent Kompany dan penyerang Sergio Aguero.

ARTIKEL YANG SAMA