Mangsa Agen Oren terus dibantu

Mangsa Agen Oren terus dibantu

HANOI, Vietnam, 20 Julai – Persatuan Mangsa Agen Oren Vietnam /dioxin (VAVA), menerima bantuan sejumlah AS$10,000, sumbangan daripada Maggie Brooks, seorang warga Switzerland yang menetap di Costa Rica, dan rakan-rakan-nya, pada satu majlis di Hanoi, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Maggie Brooks sudah berusaha mengutip sumbangan derma untuk mangsa-mangsa Agen Oren dan dioxin sejak beberapa tahun lepas.

Pada 2011, beliau membantu para delegasi dari VAVA untuk menghubungi Persatuan Peguam Demokratik Antarabangsa.

Pada Mei 2014, beliau melawat Vietnam dan menyerahkan hasil sumbangan sejumlah AS$10,000 bagi pembinaan rumah kediaman untuk mangsa-mangsa.

Gambar fail menunjukkan kanak-kanak mangsa Agen Oren diajar kemahiran vokasional di Kampung Persahabatan di Vietnam. - AFP
Gambar fail menunjukkan kanak-kanak mangsa Agen Oren diajar kemahiran vokasional di Kampung Persahabatan di Vietnam. – AFP

Dalam kunjungan kali ini untuk menyerahkan sumbangan derma itu, Brooks mencadangkan VAVA menghasilkan filem dokumentari dengan sari kata dalam bahasa Sepanyol, mengenai kesan buruk Agen Oren/dioxin di Vietnam, bagi membolehkannya membuat tayangan di Costa Rica dan meraih lebih banyak sokongan awam bagi mangsa-mangsa, terutama dari kerajaan tempatan dan pertubuhan sosial. – Agensi