Mangsa banjir dibantu

Mangsa banjir dibantu

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

TUTONG, 16 Dis – Sebanyak 35 buah keluarga yang menjadi mangsa banjir, baru-baru ini, telah menerima sumbangan Institut KEMUDA dan CIC Enviromental Services Sdn Bhd pada majlis yang berlangsung di Balai Bomba Kampung Lamunin.

Majlis berkenaan dikhususkan kepada penerima yang merupakan mangsa-mangsa bencana banjir terutamanya di Kampung Rambai pada November lalu.

Menurut penganjur, dana sumbangan diterima daripada CIC Environmental Sdn Bhd dan para penerimanya disenaraikan berdasarkan kenyataan dan maklumat ketua kampung dan beberapa pihak yang berkenaan.

Acara kebajikan seperti ini merupakan sebahagian daripada program kemasyarakatan pihak penganjur dalam membantu masyarakat yang ditimpa bencana dan musibah.

Perwakilan daripada CIC dan KEMUDA ketika menyampaikan sumbangan.
Perwakilan daripada CIC dan KEMUDA ketika menyampaikan sumbangan.

ARTIKEL YANG SAMA