Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Mangsa banjir dipindahkan

    KOTA KINABALU, 12 MEI – Sebanyak 1,958 mangsa daripada 733 keluarga yang terjejas akibat banjir di Tenom dan Beaufort ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS).

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, PPS yang  beroperasi ialah dua di Beaufort iaitu Dewan Selagon yang menempatkan 218 mangsa dan Dewan DSP DUN Banir dengan seramai 132 mangsa.

    “Sebanyak 15 lagi PPS telah dibuka di Tenom iaitu Dewan Kebudayaan Mandalom Lama dengan seramai 164 mangsa, 209 mangsa di Rumah Kebudayaan Ponontomon, 139 mangsa di Dewan Mini Jinuim Jimin (139), Sekolah Kebangsaan (SK) Mandalom dengan 97 mangsa, Dewan Labut 2 (134), Dewan Masyarakat Sri Antenom (103), Rumah Kebudayaan Batu-batu (123) dan  Rumah Kebudayaan Pantagon Saga yang menempatkan 47 mangsa.

    “Selain itu, Rumah Kebudayaan Maugus yang menempatkan 231 mangsa, Rumah Kebudayaan Angalor (91), Dewan Kampung Kalang Kanar (24), Rumah Kebudayaan Kalasasan (77), Dewan Terbuka Kampung Saga (22), Rumah Kebudayaan Makakagas (55), dan Rumah Kebudayaan Belumbung Kemabong yang menempatkan 92 mangsa,” menurut kenyataan tersebut.

    Sebanyak 22 kampung terjejas akibat banjir di Tenom dan 56 kampung di Beaufort susulan hujan lebat berterusan sejak tiga hari lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...