Mangsa banjir Jepun ditemui

Mangsa banjir Jepun ditemui

TOKYO, 15 Sept (Reuters) – Pihak berkuasa Jepun berkata hari ini mereka telah menemui semua orang yang hilang selepas banjir besar yang memusnahkan sebahagian besar kawasan di utara Tokyo, membunuh tujuh orang beribu-ribu rumah.

Empat belas daripada 15 orang yang masih hilang disahkan ditemui pada pagi ini setelah anggota menyelamat mencari dari rumah ke rumah.

Orang hilang terakhir ditemui dalam keadaan selamat di sebuah pusat perlindungan, kata Mitsuharu Omine, seorang pegawai kerajaan tempatan.

Operasi yang perlahan untuk mengesahkan di mana orang hilang berada sebahagiannya disebabkan kerosakan infrastruktur, termasuk talian telefon, tambah beliau.

Sebahagian daripada kawasan Joso, komuniti yang terdiri daripada 65,000 orang penduduk, dihanyutkan pada minggu lalu apabila tetambak di sungai Kinugawa roboh, sekaligus membanjiri sebuah kawasan yang menjangkau kira-kira 40 kilometer persegi selepas hujan paling teruk dalam beberapad ekad.

Beribu-ribu anggota menyelamat – tentera, polis dan anggota bomba – dihantar untuk mencari orang yang hilang dan membantu beratus orang lain yang terperangkap oleh air di timur Jepun.

“Sekarang tidak ada sesiapa berada dalam senarai orang hilang,” beritahu Omine kepada AFP, tetapi menambah: “Kami akan meneruskan usaha mencari memandangkan lebih ramai mansga mungkin ditemui.”

Tujuh orang terbunuh dalam banjir dan lebih daripada 12,000 buah rumah dan bangunan ditenggelami.

Pegawai berkata lebih daripada 2,600 orang masih berada di pusat pemindahan terutamanya di Joso kerana bekalan air ke bandar masih terputus.

Hujan lebat juga melanda kawasan di rantau sekitar loji nuklear Fukushima, menghanyutkan beratus beg tanah dan rumput yang mungkin telah dicemari apabila ia lebur empat tahun lalu.

Kementerian alam sekitar berkata 81 beg hilang dan 163 beg ditemui pecah, walaupun mereka dipercayai tidak berbahaya, menambah: “Ia akan mengambil masa untuk memeriksa kesan kes ke atas alam sekitar.”

ARTIKEL YANG SAMA