Mangsa banjir Kg Tanah Jambu dibantu

Mangsa banjir Kg Tanah Jambu dibantu

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Dis – Sebagai tanggungjawabnya terhadap kesejahteraan masyarakat, Pasukan Polis Diraja Brunei semalam membantu membersihkan rumah sebuah keluarga di Kampung Tanah Jambu selepas dilanda banjir kilat.

Rumah keluarga tersebut dinaiki air selepas hujan lebat yang turun kebelakangan ini dan selepas air banjir surut, Pasukan Polis Diraja Brunei dari Daerah Polis Brunei Muara dan Balai Polis Muara serta anggota polis Unit Pengawasan Kejiranan berusaha membantu mangsa banjir membersihkan kediaman mereka.

Menurut Pemangku Ketua Unit Perhubungan Awam, Pasukan Polis Diraja Brunei, ASP Haji Mohd Noor bin Haji Abdul Rahman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, ia merupakan usaha pihak polis bersama masyarakat dalam membantu penduduk kampung di bawah jagaannya, selain mencegah jenayah yang berterusan.

p10-1_20151210

Anggota polis dari Daerah Polis Brunei Muara bersama-sama mengeluarkan sofa untuk dikeringkan selepas basah dilanda banjir.
Anggota polis dari Daerah Polis Brunei Muara bersama-sama mengeluarkan sofa untuk dikeringkan selepas basah dilanda banjir.
Gambar ramai ahli keluarga dan anggota polis yang membantu membersihkan rumah yang dilanda banjir.
Gambar ramai ahli keluarga dan anggota polis yang membantu membersihkan rumah yang dilanda banjir.

ARTIKEL YANG SAMA