Mangsa banjir kilat Sri Lanka meningkat

Mangsa banjir kilat Sri Lanka meningkat

COLOMBO, 17 Mei (Xinhua) – Angka kematian akibat banjir kilat Sri Lanka meningkat kepada 12 semalam selepas tiga mayat ditemui dari tanah runtuh yang melanda tengah Sri Lanka awal hari ini, kata Pusat Pengurusan Bencana (DMC).

Antara mangsa adalah seorang wanita dan dua kanak-kanak manakala mayat seorang bayi 10 bulan telah dibawa dari rumah yang masih dibanjiri air semalam.

Empat orang dilaporkan hilang dan operasi mencari telah dilancarkan untuk mencari mereka.

Usaha menyelamat telah terjejas akibat hujan lebat dan angin kencang di kebanyakkan tempat di negara itu dalam tempoh 36 jam yang lalu.

Statistik terkini dari DMC menunjukkan bahawa lebih daripada 200,000 orang telah dipindahkan dan jumlah itu dijangka terus meningkat.

Penduduk Sri Lanka menggunakan bot untuk membuat perjalanan mereka melalui air banjir di Pugoda. – AFP
Penduduk Sri Lanka menggunakan bot untuk membuat perjalanan mereka melalui air banjir di Pugoda. – AFP

Sejumlah 134,466 orang telah dipindahkan ke dalam lebih daripada 170 kediaman sementara yang selamat yang ditubuhkan di seluruh negara itu dan pihak berkuasa telah memberi amaran bahawa paras air di beberapa kawasan akan meningkat.

Lebih 200 orang telah terperangkap di Puttalam dan pasukan tentera laut telah cuba untuk menyelamatkan mereka.

Amaran tanah runtuh masi kekal pada sekurang-kurangnya sembilan daerah apabila hujan dan angin kuat masih berterusan.

ARTIKEL YANG SAMA