Mangsa bencana Sri Lanka perlu bantuan

Mangsa bencana Sri Lanka perlu bantuan

COLOMBO, 26 Mei – Persekutuan Palang Merah Antarabangsa dan Persatuan Bulan Sabit Merah (IFRC) dengan kerjasama Persatuan Palang Merah Sri Lanka (SLRCS) pada hari ini melancarkan rayuan kecemasan sebanyak 3.6 juta Swiss Franc untuk membantu SLRCS menghantar bantuan kepada 40,000 orang ekoran banjir dan runtuhan tanah di negara pulau itu pada minggu lalu.

Dalam satu kenyataan, Palang Merah Sri Lanka berkata sejak bermulanya banjir, sehingga 400 anggota sukarelawan Sri Lanka telahpun bekerja secara aktif di lima daerah yang paling teruk terjejas di negara, membantu dalam usaha mencari dan menyelamat serta memberikan bantuan dan sokongan pertolongan cemas dan psikologi kepada mangsa banjir.

“Setakat ini perkhidmatan kami telah sampai kepada 140,000 orang,” kata Jagath Abeysinghe, presiden Persatuan Palang Merah Sri Lanka. “Anggota sukarelawan kami telah memainkan peranan penting sebagai pegerak balas pertama, mengingatkan komuniti supaya berpindah ke tempat yang selamat, membantu memindah mereka dan menjaga kebajikan mereka di pusat pemindahan sementara.”

Seorang penduduk Sri Lanka membersihkan kerosakan akibat banjir di pinggir bandar Biyagama, Colombo Isnin lalu. – AFP
Seorang penduduk Sri Lanka membersihkan kerosakan akibat banjir di pinggir bandar Biyagama, Colombo Isnin lalu. – AFP

Sekurang-kurangnya 102 orang telah terbunuh dan lebih daripada 200,000 orang dipaksa meninggalkan rumah mereka akibat banjir dan runtuhan tanah pada minggu lalu dan walaupun air banjir di kebanyakan tempatan telah surut sekarang, beberapa kawasan di daerah Gampaha dan Colombo masih ditenggelami dan amaran runtuhan tanah dikekalkan di kawasan luar bandar.

Rayuan akan memastikan supaya orang yang tinggal dalam kem sementara mempunyai kemudahan mendapatkan air selamat dan sanitasi dan satu ribu telaga komuniti akan dibersihkan supaya bebas daripada pencemaran, kata kenyataan. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA