Mangsa bot karam di Thailand meningkat

Mangsa bot karam di Thailand meningkat

AYUTTHAYA, Thailand, 19 Sept – Para penyelam hari ini menyambung semula usaha mencari bagi para penumpang yang hilang selepas sebuah bot yang penuh sesak yang membawa jemaah haji karam di sungai Chao Phraya, Thailand, yang mengakibatkan kira-kira 18 orang terbunuh.

Kemalangan berlaku tengah hari semalam berhampiran bandar lama Ayutthaya, tarikan popular pelancong, apabila bot itu yang penuh dengan jemaah yang pulang dari sebuah masjid melanggar tebing konkrit dalam arus kuat.

Ramai orang berbaris di tebing pagi ini ketika para penyelam terjun ke dalam air kelam bagi tugas pencarian yang sukar iaitu pencarian di bot yang separuh karam bagi penumpang-penumpang yang hilang.

Sebelum itu, Timbalan gabenor Ayutthaya Rewat Prasong berkata bilangan kematian yang disahkan ialah 15 orang dan 11 orang masih hilang dan 14 orang dirawat di hospital.

Mereka yang terkorban dikatakan tidak termasuk warga asing.

Seorang lelaki menangis selepas mayat perempuan yang dikasihi ditemui dari sungai Chao Praya selepas sebuah bot karam sehari sebelumnya dalam kemalangan, di wilayah Ayutthaya kelmarin. – AFP
Seorang lelaki menangis selepas mayat perempuan yang dikasihi ditemui dari sungai Chao Praya selepas sebuah bot karam sehari sebelumnya dalam kemalangan, di wilayah Ayutthaya kelmarin. – AFP

Kapten bot berkenaan telah ditahan dan berdepan dengan tuduhan kecuaian selepas membenarkan bot dua tingkat penuh sesak, polis memberitahu AFP.

“Bot itu dibenarkan membawa kira-kira 50 orang tetapi ia membawa lebih 100 orang,” kata ketua polis Ayutthaya Sudhi Puengpikul.

Kemalangan itu berlaku ketika bot itu pulang dari memorial bagi seorang ilmuan Islam di sebuah masjid Ayutthaya.

Rakaman yang ditayangkan di televisyen menunjukkan bot itu berhenti tiba-tiba apabila ia melanggar tebing konkrit, dan karam dalam tempoh beberapa saat.

Penyiar Thailand memperlihatkan keadaan kelam kabut selepas kemalangan itu ketika para penumpang ditarik keluar dari air manakala para penyelamat cuba menyedarkan semula mereka yang dalam kesakitan.

Ramai yang terkorban terperangkap di dek bawah bo yang berdepan masalah ketika hampir kepada selamat.

Para pegawai berkata dekatnya tebing mungkin mencegah bilangan dari semakin tinggi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA