Mangsa culik warga Australia berjaya diselamatkan

Mangsa culik warga Australia berjaya diselamatkan

KABUL, 29 Ogos – Pasukan khas Afghanistan menyelamatkan seorang pekerja bantuan Australia yang diculik, kata pegawai hari ini, empat bulan selepas diculik di timur negara yang bergolak itu.

Katherine Jane Wilson dikatakan berusia sekitar 60 tahun, berada dalam “selamat dan sihat”, kata Menteri Luar Australia, Julie Bishop, tanpa menyatakan bila dia dibebaskan atau siapa dalang penculikan tersebut.

Lelaki bersenjata yang bertopeng tidak dikenali menculik Wilson dari Jalalabad, berhampiran sempadan dengan Pakistan, lewat April lalu apabila mengunjungi bandar itu bagi projek sulaman wanita.

“Saya mengesahkan Kerry Jane Wilson, yang diculik di Afghanistan pada April tahun ini, telah dibebaskan, dan dia sekarang berada dalam keadaan selamat dan sihat,” kata Bishop dalam satu kenyataan, tanpa menyatakan sama ada dia masih berada di Afghanistan.

Menteri itu, yang sebelumnya berkata Australia tidak membayar tebusan bagi penculik, menyuarakan kegembiraan bagi Wilson dan keluarganya tetapi tidak memberikan maklumat lanjut bagaimana dia dibebaskan.

Agensi perisikan utama Afghanistan, National Directorate of Security, berkata pembebasan Wilson dalam ‘operasi khas’, tanpa memberi maklumat lanjut. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA