Mangsa feri karam di India meningkat

Mangsa feri karam di India meningkat

DHAKA, 22 Sept – Jumlah kematian akibat feri tenggelam semalam di selatan daerah Bangladesh Barisal telah meningkat kepada 18 hari ini selepas empat mayat lagi dikeluarkan daripada Sungai Sondha, beritahu ketua polis daerah SM Aktaruzzaman kepada Xinhua.

Feri yang membawa berpuluh penumpang itu tenggelam pada kira-kira pukul 11:30 pagi waktu tempatan semalam di sungai Sondha di daerah Barisal, kira-kira 169 km dari selatan ibu negara Dhaka. “Empat mayat kanak-kanak yang hilang telah ditemui pada pagi ini yang membawa jumlah kematian kepada 18 daripada 13 semalam,” beritahu Aktaruzzaman kepada Xinhua hari ini.

Beliau berkata lapan orang masih hilang. Selepas sehari usaha tidak henti-henti, kapal menyelamat ‘Nirbhik’ berjaya mengeluarkan feri yang tenggelam ke pantai dan menaikkannya pada pagi ini, tambah beliau.

Pekerja penyelamat Bangladesh mengangkat mangsa ke bot selepas feri penuh sesak karam di Daerah Barisal selatan pada 21 September 2016. – AFP
Pekerja penyelamat Bangladesh mengangkat mangsa ke bot selepas feri penuh sesak karam di Daerah Barisal selatan pada 21 September 2016. – AFP

Bencana feri biasa berlaku di Bangladesh, memandangkan negara silang-menyilang di antara 250 sungai, dan feri merupakan kaedah pengangkutan utama.

Berpuluh orang terbunuh setiap tahun daripada bencana feri di negara. Beliau berkata usaha mencari mangsa yang hilang masih diteruskan oleh pihak berkuasa Perkhidmatan Bomba dan Pertahanan Awam dengan kerjasama daripada penguatkuasa undang-undang dan penduduk tempatan.

Punca kejadian adalah disebabkan keadaan cuaca yang buruk. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA