Mangsa gempa Tibet stabil

Mangsa gempa Tibet stabil

LHASA, 13 Mei (Xinhua) – Dua belas orang cedera teruk dalam gempa bumi pagi Rabu lalu di Tibet berada dalam keadaan yang stabil, menurut pegawai kesihatan tempatan semalam.

Seramai 69 orang cedera apabila gempa bumi melanda daerah Dengqen, bandar Qamdo Tibet.

Lebih daripada 40 doktor telah dihantar dari Lhasa dan bandar-bandar lain untuk merawat yang cedera, kata Chen Yudong, Timbalan Pengarah Biro kesihatan Qamdo.

Perbandaran Kata merupakan pusat gempa bumi itu. Puluhan khemah telah didirikan di sana bagi penduduk yang rumah mereka rosak akibat gempa bumi tersebut.

Sekolah rendah pekan Kata biasanya menangguhkan kelas selama sebulan pada tahun ini dan mengatur pelajar untuk menyertai ibu bapa mereka dalam menggali kulat ulat bulu, dimana pertumbuhan bakteria yang bernilai didapati sebagai ubat herba dan juga menyumbang kepada ekonomi tempatan.

Polis tentera bersenjata memunggah barang-barang bantuan bencana di kawasan yang dilanda gempa bumi di perkampungan Guodong, Bandar Dengqen di Wilayah Autonomi Tibet, barat daya China. – Xinhua
Polis tentera bersenjata memunggah barang-barang bantuan bencana di kawasan yang dilanda gempa bumi di perkampungan Guodong, Bandar Dengqen di Wilayah Autonomi Tibet, barat daya China. – Xinhua

Seramai 54 orang pelajar yang mana rumah mereka telah musnah dalam gempa bumi itu telah tinggal di khemah-khemah di kampus.

Polis tentera dan bantuan bencana masih membersihkan serpihan dan menilai kerosakan.

Gempa bumi yang kuat dirasai di beberapa bandar-bandar di seluruh daerah Dengqen, menyebabkan rumah runtuh dan merosakkan jambatan dan jalan raya.