Mangsa gugurkan dakwaan

Mangsa gugurkan dakwaan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Dis – Tiga orang lelaki warga Bangladesh yang berdepan dakwaan mengurung rakan senegaranya untuk tujuan memeras wang dilepaskan oleh Mahkamah Perantaraan di sini, hari ini.

Hakim Haji Abdullah Soefri bin Pehin Dato Haji Abidin melepaskan Mohammad Rafiqul Islam, 24, Mohammad Ali Hossen, 27, dan Mohammad Shahin Sheikh, 23 selepas mangsa, Yeanus Ali Ahsan Ullah mengugurkan dakwaan terhadap mereka.

“Membuang masa mahkamah adalah satu kesalahan, dan mahkamah tidak akan melepaskan kamu jika kamu dihadapkan lagi.

pg06_151219_mahkamah logo2

“Tertuduh termasuk mangsa tidak sepatutnya menimbulkan kekecohan kerana kamu datang ke negara ini untuk bekerja,” tegas hakim selepas menyaksikan kemaafan daripada tertuduh kepada mangsa.

Mohammad Rafiqul terdahulu berdepan dakwaan mengurung mangsa di Ladang Kerajaan Luahan Jerudong antara 16 dan 18 Ogos 2015 untuk tujuan memeras ugut $4,300, manakala itu, Mohammad Ali dan Mohammad Shahin didakwa bersubahat dalam kesalahan itu.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aiman Adri bin Ahmad Zakaria manakala tertuduh diwakili peguam bela dari Messrs Ridzlan Lim.

ARTIKEL YANG SAMA