Mangsa haba panas cecah 780 orang

Mangsa haba panas cecah 780 orang

KARACHI, Pakistan, 24 Jun (Agensi) – Ibu negeri kewangan Pakistan, Karachi, layu akibat gelombang haba panas selama empat hari yang mengorbankan lebih 780 orang, menurut badan kebajikan kesihatan hari ini, tatkala kerajaan mengisytiharkan cuti umum di bandar itu untuk menggalakkan orang ramai duduk di rumah.

Gelombang haba panas bertepatan pula dengan gangguan bekalan elektrik yang teruk serta bulan suci Ramadan, apabila kebanyakan penganut Islam melaksanakan ibadah puasa di siang hari.

Kebanyakan mereka yang maut adalah di kalangan warga tua dan golongan miskin di bandar selatan itu berpunca daripada penyahhidratan.

“Kematian akibat gelombang haba panas sudah menghampiri 800 orang sejak empat hari lepas,” kata Anwar Kazmi, seorang pegawai kanan badan kebajikan swasta, Yayasan Edhi.

Badan kebajikan itu mengendalikan rangkaian ambulans, klinik dan rumah mayat untuk mengurangkan jurang dalam sistem kesihatan awam di bandar yang mempunyai 20 juta penduduk itu.

Saudara mangsa haba panas bersedih atas kematian ahli keluarganya. – AFP
Saudara mangsa haba panas bersedih atas kematian ahli keluarganya. – AFP

Pegawai-pegawai kesihatan kerajaan tidak menjawab panggilan telefon wartawan bagi mendapatkan ulasan mereka.

Ramai di kalangan golongan kaya di Karachi memiliki generator untuk mengendalikan sistem pendingin udara bagi menangani gelombang haba panas yang mencecah 44darjah Selsius sepanjang hujung minggu.

ARTIKEL YANG SAMA